Semua warga Arab Saudi diwajibkan mengambil dos penggalak vaksin COVID-19 bermula 1 Februari tahun depan.

Agensi berita Suadi Gazzete melaporkan, sumber dari Kementerian Ehwal Dalam Negeri mendedahkan dos penggalak itu diperlukan untuk penduduk mendapatkan status “imun” di aplikasi Tawakkalna. Sumber itu menjelaskan, suntikan penggalak akan diwajibkan lapan bulan setelah seseorang mendapatkan dos kedua vaksin.

Status imun diperlukan bagi sesiapa yang ingin menghadiri sebarang acara sosial, ekonomi, komersil, kebudayaan, hiburan atau sukan di negara itu.

Arab Saudi semalam, melaporkan 38 jangkitan baharu COVID-19 dengan satu lagi kematian akibat komplikasi disebabkan virus itu.

Ini membawa jumlah jangkitan keseluruhan kepada lebih 549,800 dan angka kematian setakat ini sebanyak 8,840.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini