Berkuatkuasa esok.

Arab Saudi mewajibkan semula pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal di kesemua tempat tertutup dan terbuka di negara itu.

Kementerian Dalam Negeri Saudi melaporkan keputusan itu dibuat selepas kes harian jangkitan COVID-19 di negara itu kembali melonjak.

Sehingga semalam, Arab Saudi mencatatkan 602 kes jangkitan baharu, 147 kes sembuh dan satu kematian.

Pada Oktober lalu, Arab Saudi mengumumkan beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

antaranya individu yang sudah divaksin sepenuhnya tidak perlu lagi memakai pelitup muka di tempat awam terbuka.

Namun, semua prosedur dan arahan semasa tertakluk kepada penilaian pihak berkuasa kesihatan;  dan berdasarkan perkembangan situasi tempatan serta global.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini