Semua menteri yang sedang bercuti di luar negara dan diarahkan pulang segera oleh Perdana Menteri semalam, masih tertakluk kepada perintah kuarantin seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, langkah itu bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.

Dalam sidang media sama juga, Khairy memaklumkan Kementerian Kesihatan sedang menyiasat dakwaan bahawa  Ahli Parlimen Hulu Langat; Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, melanggar perintah kuarantin dan dilihat melawat penduduk terjejas banjir di kawasan Parlimennya.

Datuk Hasanuddin Mohd Yunus boleh dikenakan denda seribu ringgit jika didapati melanggar tempoh kuarantin.

Jelasnya, Datuk Hasanudin memohon pengecualian kuarantin untuk perjalanan antara 8 Disember hingga 12 Disember lalu kerana menghadiri mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul, Turki.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini