Arahan perintah berkurung selama tiga minggu oleh kerajaan Belanda, mendapat bantahan penduduk.

Polis anti rusuhan terpaksa dikerah bagi mengawal penunjuk perasaan yang membantah perintah terbaru itu.

Kira-kira 200 penunjuk perasaan berkumpul di kementerian kehakiman dan keselamatan semasa sidang media Perdana Menteri, Mark Rutte.

Perintah terbaru itu menyasarkan restoran, premis kedai dan acara sukan bagi membendung serta mengawal penularan wabak terbabit.

Menurut Rutte, langkah drastik perlu diambil bagi menangani krisis kerana wabak berada di seluruh negara, membabitkan semua sektor tanpa mengira usia.

Restoran, kafe dan pasar raya diarah henti operasi bermula jam 8 malam sepanjang tempoh tiga minggu.

Pelawat di rumah pula dihadkan kepada empat orang. Manakala rakyat dinasihat bekerja dari rumah kecuali ada keperluan mendesak.

Perlawanan bola sepak antara Belanda dan Norway bagi kelayakan Piala Dunia pula terpaksa diadakan secara tertutup.

Sekolah bagaimanapun dibenar beroperasi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini