Arena silat bakal diwujudkan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bagi membolehkan penggiat seni bela diri itu menjalankan aktiviti dengan lebih teratur.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata ia penting bagi memartabatkan imej silat agar lebih dikenali dan dihormati di mata dunia.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Festival Seni Silat Wilayah Persekutuan di Kementeriannya.

Mengulas mengenai lokasi arena silat tersebut, Datuk Seri Shahidan berkata, perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini