Penganjuran Konvensyen Produktiviti dan Inovasi Tahunan, AriSe 2021 berjaya merekodkan penjimatan RM490 juta melalui 220 projek melibatkan sektor awam dan swasta.

Ia mengetengahkan inisiatif penambahbaikan elemen inovasi dalam meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi.

Jelas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lim Ban Hong, pemain industri perlu melengkapkan diri dengan kemahiran baharu demi memacu negara ke arah revolusi industri 4.0.

Beliau berucap pada majlis penutupan Konvensyen AriSe 2021 secara maya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini