Arkib Negara membangunkan sebuah produk lawatan secara maya yang dinamakan “Eksplorasi Negarawan #KLIKDIJARI”.

Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, inisiatif ini memberi kesedaran mengenai tokoh negarawan dalam perjuangan ke arah kemerdekaan negara dan penubuhan Malaysia.

Beliau berucap demikian ketika merasmikan produk lawatan maya tersebut di Memorial Tun Hussein Onn, di ibu negara.

Tambahnya, ini adalah salah satu produk dan perkhidmatan yang dapat memberi impak dalam memperkasa ekosistem kebudayaan pintar melalui pelancongan arkib.

Lawatan secara maya itu boleh dilayari secara percuma melalui laman web Arkib Negara, selain boleh diakses menerusi imbasan kod QR di semua platform media sosial Arkib Negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini