Arsenal semakin menghampiri kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris susulan kemenangan tipis 2-1 ke atas Wolves.

Bermain di laman sendiri, skuad kendalian Mikel Arteta bagaimanapun dibolosi seawal minit ke-10 menerusi jaringan Hwang Hee-chan.

Tersentak dengan jaringan itu, The Gunners bangkit menggandakan usaha memburu gol.

Jaringan penyamaan yang dicari hanya tiba pada minit ke-82 selepas Nicolas Pepe yang masuk sebagai pemain gantian bijak menyempurnakan umpanan Eddie Nketiah.

Ketika perlawanan dilihat hampir berkesudahan seri 1 sama, Alexandre Lacazette memberi kegembiraan buat pasukannya.

Hasil gerakan cantik di sebelah kiri gawang lawan, dia berjaya melepaskan rembatan untuk memberi kemenangan 2-1.

Kemenangan liga ketiga berturut-turut melonjakkan Arsenal ke tangga kelima dan kini hanya satu mata di belakang Manchester United yang menghuni tangga keempat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini