Muzium Kota Tinggi yang terletak di Kampung Makam mempunyai signifikan ketara daripada segi sejarah dan tinggalan pemerintahan Kerajaan Johor Lama.

Bangunan seluas 6,480 meter persegi itu mula dibina pada 14 April 1997 dan telah siap pada 11 Jun 1999.

Menariknya khazanah berusia ratusan tahun masih lagi tersimpan untuk tatapan generasi masa kini.

Sebelum ini konsep muzium Kota Tinggi lebih kepada tema kesultanan namun selepas melalui proses penambahbaikan, ia menjadi tempat pameran galeri seni yang menonjolkan karya pelukis-pelukis serta artifak berusia lebih 100 tahun.

Muzium Kota Tinggi juga antara tiga muzium dalam semenanjung yang mempunyai koleksi istinggar yang digunakan askar Melayu zaman dahulu.

Mereka juga mempunyai koleksi teknologi meriam dan koleksi tersebut hanya ada di dua Muzium di negara ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini