Amerika Syarikat dan China mengadakan sidang kemuncak secara maya yang menyentuh mengenai Indo-Pasifik dan hak asasi manusia.

Presiden Amerika, Joe Biden menegaskan penting untuk kedua-dua negara berkomunikasi secara terbuka serta jujur dan pemimpin perlu mempunyai tanggungjawab memastikan hubungan tidak terjerumus kepada konflik. Beliau berkata Amerika perlu membuat pertimbangan sewajarnya terutamanya mengenai isu global yang penting seperti perubahan iklim.

Sebagai kuasa besar dunia, Biden mengakui kedua-dua negara mempunyai tanggungjawab kepada dunia, selain meningkatkan komunikasi dan kerjasama antara Washington dan Beijing.

White House turut menyiarkan gambar ketika berlangsungnya perbincangan antara kedua-dua pemimpin itu yang turut disertai Setiausaha Negara Antony Blinken. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini