Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Afrika (AU) menyelar tindakan pasukan keselamatan Sudan terhadap penunjuk perasaan. Dalam masa sama, pemimpin Sudan, Jeneral Tertinggi Abdel Fattah al-Burhan turut digesa agar tidak menggunakan ‘kekerasan berlebihan’.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Ned Price, berharap mereka yang bertanggungjawab terhadap pencabulan hak asasi manusia termasuk penggunaan kekerasan berlebihan terhadap penunjuk perasaan agar bertanggungjawab.

Terdahulu, ratusan penunjuk perasaan anti rampasan kuasa Sudan berarak mengecam tindakan keras pasukan keselamatan yang didakwa mengakibatkan lebih 40 individu maut akibat pergolakan sejak tentera merampas kuasa pada 25 Oktober lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini