Amerika Syarikat dan Korea Selatan memberi amaran mengenai tindak balas yang pantas jika Korea Utara menjalankan ujian nuklear.

Ini termasuk pelarasan tentera Amerika Syarikat. 

Namun, kedua-dua pihak sekali lagi menawarkan rundingan sebagai jalan keluar.

Dua negara sekutu itu mendakwa, Korea Utara pada bila-bila masa boleh menguji senjata nuklear pertamanya sejak 2017.  

Amaran itu dikeluarkan beberapa bulan selepas ketegangan semakin memuncak termasuk ujian peluru berpandu serta tindakan Pyongyang menolak cadangan pentadbiran Presiden Joe Biden.

Ketika bertemu rakan sejawatannya dari Korea Selatan, Setiausaha Negara, Antony Blinken berkata, Amerika Syarikat sedang bekerjasama dengan sekutunya di Tokyo dan Seoul untuk melakukan tindak balas yang cepat sekiranya Korea Utara meneruskan ujian berkenaan.

Mereka juga bersedia untuk membuat pelarasan jangka pendek dan panjang terhadap kedudukan tentera mengikut kesesuaian.

Tekanan juga akan diteruskan sehingga rejim Pyongyang menukar pendirian.

Blinken bagaimanapun berkata, Amerika Syarikat tidak berniat untuk bermusuhan dengan Korea Utara. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini