Amerika Syarikat menggantung 44 penerbangan ke China melibatkan syarikat beberapa buah syarikat penerbangan negara itu.

Ia sebagai tindak balas kepada keputusan kerajaan China menggantung penerbangan syarikat penerbangan Amerika Syarikat berikutan kebimbangan COVID-19.

Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat dalam kenyataannya memaklumkan, penggantungan akan bermula 30 Januari hingga 30 Mac itu melibatkan penerbangan dari Los Angeles.

Ia melibatkan syarikat penerbangan Xiamen, Air China, China Southern Airlines dan China Eastern Airlines.

Sejak 31 Disember tahun lalu, pihak berkuasa China menggantung 20 penerbangan United Airlines, 10 American Airlines dan 14 Delta Air Lines, selepas beberapa penumpang disahkan positif COVID-19.

Jurucakap Kedutaan China di Washington, Liu Pengyu berkata, langkah tersebut sangat tidak munasabah dan menggesa Amerika Syarikat berhenti mengganggu dan menyekat penerbangan penumpang biasa oleh syarikat penerbangan China.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini