Amerika Syarikat mengecam serangan tentera Myanmar di Kayah, yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 35 terbunuh, Jumaat lepas.

Mangsa serangan termasuk wanita dan kanak-kanak serta dua kakitangan organisasi bantuan antarabangsa. 

Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken dalam kenyataan menyifatkan serangan yang menyasarkan orang awam dan mereka yang terlibat dalam misi kemanusiaan, tidak boleh diterima.

Justeru, pihak tentera perlu bertanggungjawab bagi insiden serangan itu.

Blinken menggesa masyarakat antarabangsa mencegah kekejaman di Myanmar daripada berulang, termasuk menghentikan penjualan senjata dan teknologi dwi-guna kepada tentera.

Tentera Myanmar yang dikenali sebagai Tatmadaw, melancarkan rampasan kuasa  pada 1 Februari  dan menangkap pemimpin Liga Demokrasi Kebangsaan diketuai pemenang Hadiah Nobel Aung San Suu Kyi, dan dijatuhi hukuman penjara empat tahun pada awal bulan ini.

Lebih seribu terbunuh manakala lebih 5,400 yang lain ditangkap pasukan junta, dan kebanyakannya telah dibebaskan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini