Amerika Syarikat mengecam serangan tentera Myanmar di negeri Kayah, yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh pada 24 Disember lalu.

Mangsa serangan termasuk wanita dan kanak-kanak serta dua kakitangan organisasi bantuan antarabangsa ‘Save the Children’.

Setiausaha Negara Antony Blinken dalam satu kenyataan berkata White House khuatir dengan kekejaman rejim tentera di Burma  termasuk serangan terbaharu di Kayah dan Karen.

Katanya serangan yang menyasarkan orang tidak bersalah dan mereka yang terlibat dalam misi kemanusiaan adalah suatu yang tidak boleh diterima.

Blinken sehubungan itu menggesa masyarakat antarabangsa melakukan lebih banyak bagi mencegah kekejaman di Myanmar daripada berulang, termasuk menghentikan penjualan senjata dan teknologi dwi-guna kepada tentera.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini