Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu membenarkan vaksin COVID-19 Pfizer dan Moderna diberikan kepada kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah.

Langkah itu bermakna AS menjadi negara pertama meluluskan penggunaan vaksin mRNA bagi kanak-kanak seawal usia enam bulan. Tindakan itu disambut Presiden Joe Biden sebagai langkah bersejarah dalam memerangi virus berkenaan.

Jumaat lalu, Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) AS, meluluskan penggunaan kecemasan bagi kanak-kanak, yang sebelum ini perlu berusia sekurang-kurangnya lima tahun untuk menerima vaksin.

Bagaimanapun vaksin itu memerlukan kelulusan lanjut daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, agensi kesihatan awam terkemuka di negara itu yang menerimanya semalam.

Sebaik menerima lampu hijau daripada FDA, kerajaan AS mula mengedarkan jutaan dos vaksin ke seluruh negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini