Pemberian vaksinasi kepada kanak-kanak bawah lima tahun di Amerika Syarikat kini bermula.

Ia selepas Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) memberi kelulusan terhadap penggunaan vaksin Moderna dan Pfizer-BioNTech kepada golongan tersebut minggu lalu.

Rata-rata menyambut baik keputusan tersebut dengan ibu-bapa membawa anak-anak mereka mendapatkan vaksinasi. Bekalan vaksinasi juga turut diedarkan hujung minggu lalu termasuk di Lexington, South Carolina dan New York.

Dianggarkan kira-kira 18 juta kanak-kanak di negara itu layak terima vaksinasi. Untuk rekod, kurang daripada satu per tiga daripada kanak-kanak berumur lima hingga 11 telah mendapatkan suntikan sejak vaksinasi dibuka kepada mereka November lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini