Amerika Syarikat sedang mempertimbang memboikot secara diplomatik Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing, China.

Gesaan anggota kongres ini memandangkan China melakukan pembasmian kaum terhadap kumpulan etnik Muslim di wilayah barat Xinjiang.

Mengesahkan perkara itu , Presiden Joe Biden berkata tindakan yang mahu diambil atas alasan pencabulan hak asasi oleh China itu tidak akan memberi kesan kepada atlet Amerika yang bertanding.

Boikot diplomatik bererti bahawa pegawai kerajaan Amerika Syarikat tidak akan menghadiri acara pembukaan Sukan itu pada Februari 2022.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini