Sebanyak RM200,000 dana penyelidikan ditaja Amerika Syarikat dalam usaha pemuliharaan warisan seni kebudayaan tarian Rebana Kercing di Kampung Laut, Kelantan.

Dana menerusi Ambassadors Fund for Cultural Preservation (AFCP) itu diberikan kepada Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

UMK bertanggungjawab melakukan penyelidikan dan dokumentari berkaitan Rebana Kercing dalam tempoh setahun.

Menurut Pemangku Naib Canselor UMK, Profesor Dr Nik Maheran Nik Muhammad, penyelidikan melalui Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan dijalankan pada November tahun lalu dan dijangka selesai pada November tahun ini. Tarian Rebana Kercing dipercayai berasal dari Asia Barat yang sudah bertapak sejak lebih 150 tahun di Kampung Laut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini