Amerika Syarikat, AS mengusir 12 kakitangan PBB Rusia dari negaranya kerana mendakwa terbabit dalam operasi pengintipan.
Tindakan itu mendapat kecaman Moscow dan menyifatkannya sebagai satu langkah bermusuhan.
Jurucakap AS ke PBB berkata mereka yang diarahkan keluar menyalahgunakan hak istimewa bermastautin di negara itu dengan terbabit dalam kegiatan pengintipan yang menjejaskan keselamatan negara.
Diplomat-diplomat yang diminta meninggalkan Amerika itu dilaporkan terbabit dengan aktiviti yang tidak sesuai dengan tanggungjawab dan kewajipan mereka sebagai diplomat.