ASEAN dan Rusia buat julung kali akan mengadakan latihan tentera laut bersama di wilayah Indonesia pada 1 hingga 3 Disember ini.

Latihan yang bakal diadakan di perairan wilayah Sumatera Utara itu bertujuan menyelaras operasi saling kendali antara tentera laut Rusia dan negara ASEAN bagi memastikan keselamatan aktiviti maritim ,  perdagangan dan perkapalan.

Wakil Tetap Rusia ke ASEAN, Alexander Ivanov berkata, kapal perang besar antikapal selam Admiral Panteleyev akan mewakili Rusia dalam latihan tersebut.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto dijangka merasmikan latihan ketenteraan itu yang akan diadakan menerusi dua fasa .

Latihan tersebut diluluskan pada sidang kemuncak keempat Rusia dan ASEAN pada 28 Oktober menerusi persidangan video, sempena ulang tahun ke-30 hubungan kedua-dua pihak.

Sidang kemuncak itu turut menerima pakai beberapa dokumen bertujuan memperkasakan lagi perkongsian strategik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini