Kedudukan Menteri Luar II Brunei, Erywan Mohd Yusof, sebagai Duta Khas ASEAN ke Myanmar wajar dikekalkan, meski kerusi Pengerusi diambil alih Kemboja tahun hadapan, kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Ia bagi mempermudah usaha dan gerak kerja terutama bagi mengakhiri keganasan di Myanmar. Tambahnya, kedudukan Erywan perlu dikekalkan bagi merintis jalan ke arah mengadakan dialog antara tentera dan pihak anti kudeta di negara yang dilanda krisis itu. Beliau berkata demikian pada sidang media di Putrajaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini