SPRM dengan kerjasama dan bantuan agensi-agensi penguat kuasa antarabangsa berjaya memulangkan aset dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berjumlah RM20.5 bilion kepada kerajaan Malaysia.

SPRM memaklumkan pihaknya sedang giat meneruskan pemulihan aset dana 1MDB di dalam dan luar negara seperti Amerika Syarikat, UAE, Taiwan dan Singapura.

SPRM juga sedang dalam usaha untuk pemulihan aset bagi negara seperti Switzerland, Kuwait, Mauritius, Cyprus dan Hong Kong melibatkan individu yang mempunyai kaitan dengan kes 1MDB.

Pada 12 Mei lalu, Kementerian Kewangan memaklumkan kira-kira RM1.9 bilion telah didepositkan ke dalam Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.

Wang berkenaan sebahagian daripada dana berkaitan 1MDB yang telah disita.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini