Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, (Maritim Malaysia) memastikan semua 45 aset laut yang beroperasi setiap hari, tidak termasuk pesawat sentiasa bersedia mengawal semua pintu sempadan negara.

Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, Perairan Johor berisiko menjadi lokasi tumpuan aktiviti jenayah rentas sempadan susulan pembukaan banyak sektor ekonomi, dan aktiviti perdagangan dan perkapalan di Johor berkembang cepat ketika ini.

Susulan itu, Maritim Malaysia menjangkakan, kadar jenayah rentas sempadan berkemungkinan meningkat, terutama melalui pintu masuk di Johor.

Situasi ketika ini dikatakan membuka jalan kepada pihak-pihak tidak bertanggungjawab untuk membawa masuk orang asing melalui jalan haram. Ia ditambah dengan faktor geografi Johor yang berhampiran pintu sempadan dan boleh diakses dalam tempoh kurang sejam melalui jalan laut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini