Berita luar negara. Polis Palembang masih memburu seorang askar dipercayai kekasih kepada seorang gadis yang ditemui mati di sebuah hotel di Musi Banyuasin baru-baru ini. Jenazah Vera Oktaria, 21, ditemui dalam keadaan hampir busuk dengan tangan kanannya sudah putus.Mangsa dilaporkan sudah tiga hari tidak pulang ke rumah sebelum jasadnya ditemui pekerja hotel yang curiga dengan bau busuk dalam bilik terbabit. Menurut buku daftar hotel berkenaan, bilik tersebut didaftarkan atas nama suspek.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini