Berikutan dua kebakaran melibatkan Masjid Al-Taqwa Alor Redis dan Masjid Al Makmur, Kampung Bongor Kudong.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menitahkan supaya aspek keselamatan di kesemua 103 masjid dipertingkat.

Titah baginda, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis perlu mendapatkan kerjasama Jabatan Kerja Raya, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Tenaga Nasional Berhad untuk memeriksa sistem pendawaian, kabel dan suis elektrik dengan segera selain memastikan pemasangan keselamatan kebakaran adalah sempurna.

Langkah ini penting bagi menjamin keselamatan nyawa dan harta benda.

Baginda menitahkan demikian melalui Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis meluangkan masa meninjau Bilik Imam di Masjid Al Makmur, Kampung Bongor Kudong, Simpang Empat yang terbakar, awal bulan ini.

Pengurusan Masjid turut diberi perkongsian nasihat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri serta TNB mengenai keselamatan kebakaran dan litar pintas sebagai peringatan supaya mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini