220,248 usahawan yang terjejas akibat pandemik COVID-19, berjaya dibantu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, di bawah Aspirasi Keluarga Malaysia, 100 hari. Menteri, Tan Sri Noh Omar berkata jumlah itu melebihi sasaran asal iaitu 188,345 usahawan.

Bantuan itu berjumlah RM7.172 bilion, dalam bentuk pinjaman, moratorium dan geran yang disalurkan kepada usahawan terjejas. Pencapaian itu adalah sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) dan kejayaan tersebut dicapai dalam tempoh 100 hari selepas beliau dilantik menteri pada September lepas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini