Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah merasmikan Program 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC). Prestasi 100 hari jemaah menteri secara keseluruhannya sudah berjaya tercapai sekitar 90 peratus.

Namun Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan, pencapaian setinggi itu bukan alasan untuk kerajaan mendabik dada. Beliau mahu kerajaan terus bersungguh-sungguh dan beriltizam untuk terus bekerja bersama-sama rakyat.

Beliau juga dalam ucapan perasmian menyatakan kerajaan menggariskan enam teras utama dalam pencapaian 100 hari. Ini meliputi menstruktur semula ekonomi, menjamin keselamatan dan ketenteraman negara, meningkatkan kesejahteraan sosial dan mempertingkat infrastruktur menyeluruh.

Selain itu, memperkukuh penyatuan dalam acuan Keluarga Malaysia dan memperkasa penyampaian perkhidmatan. Program 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia bermula hari ini sehingga 12 Disember tahun ini bermula 9 pagi hingga 10 malam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini