Aspirasi Stong Geopark (ASG) berpotensi untuk diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan pertama di Kelantan pada tahun ini.

Ini kerana ia memiliki keunikan geologi dan landskap perbukitan batu kapur yang dilitupi ekosistem tumbuhan berbeza.

Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, pihaknya memperuntukkan RM300,000 di bawah Program Pemerkasaan Eko pelancongan Sumber Asli kearah Pembangunan Ekonomi Setempat tahun 2022 bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur di beberapa geotapak yang telah dikenalpasti untuk mempromosikan kawasan berkenaan.

Kajian yang dimulakan sejak 2019 telah mengenal pasti tapak-tapak warisan geologi, biologi, sejarah pembentukan batuan dan fitur geologi terutamanya rejahan beberapa siri batuan igneus yang dikenali sebagai Kompleks Stong.

Ia sekaligus melayakkan ASG untuk dinilai sebagai geopark kebangsaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini