Menjelang Sukan Sea Hanoi 2022.

Atlet angkat berat negara digesa melupakan seketika isu bayaran elaun, dan mengalih fokus memburu kilauan pingat di sukan dwi-tahunan itu.

Bekas atlet angkat berat negara, Hidayat Hamidun berkata, ini penting bagi memastikan Malaysia dapat memperbaiki pencapaian dua gangsa dimenangi semasa edisi lepas.

Pemenang pingat emas Sukan SEA Chiang Mai 1995 itu berkata, persiapan intensif oleh negara lain seharusnya menjadi kembimbangan utama buat atlet negara ketika ini.

Pemenang pingat gangsa edisi lalu Muhamad Aznil Bidin dan Muhammad Erry Hidayat antara enam atlet yang bakal membawa misi Malaysia di Sukan SEA Vietnam.

Malaysia turut mempunyai seorang wakil wanita menerusi penyertaan Elly Cassendre Engelbert.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini