Arena sukan angkat berat negara seakan-akan tidak lekang dengan kontroversi apabila seorang atlet wanita pula didapati positif doping, Oktober lalu.

Atlet muda berusia 22 tahun itu didapati positif bahan terlarang jenis sibutramine pada Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan yang berlangsung di Rompin, Pahang.

Pengarah Agensi Anti-Doping Malaysia ADAMAS, Azura Abidin yang mengesahkan perkara berkenaan memaklumkan, pihaknya telah mengemukakan laporan lengkap kepada Setiausaha Kehormat Persatuan Angkat Berat Malaysia melalui emel pada Selasa lalu.

Jelasnya, ADAMAS hanya akan melaksanakan sesi pendengaran sekiranya atlet tersebut memilih untuk dibicarakan.
 
Pada September lalu, arena sukan negara digemparkan dengan isu doping melibatkan dua atlet angkat berat kebangsaan, sehingga menyaksikan PABM dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju membubarkan skuad sedia ada.

Keputusan pembubaran skuad berkenaan mengakibatkan kesemua empat jurulatih dan 13 atlet terlibat diberikan notis penamatan kontrak berkuat kuasa 1 November lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini