Menjelang Kejohanan Muay Thai Dunia 2021 di Bangkok, Thailand bulan depan.

5 anak muda dari Kuala Lumpur optimis membawa pulang sekurang-kurangnya 2 pingat buat negara, meskipun sedar bakal berdepan lebih 90 pesaing dari seluruh dunia.

Kejohanan yang bermula 3 hingga 12 disember itu merupakan persiapan Wilayah Persekutuan untuk kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA).

Menurut Penolong Pengarah Kanan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MSWPKL), Fazlan Naim Anuar, barisan atlet yang dipertaruhkan itu telahpun menjalani latihan dan persediaan rapi biarpun dalam tempoh yang agak singkat.


Pasukan negara dibarisi 3 atlet lelaki dan 2 atlet perempuan melibatkan Mohamad Shahrul Hakim Rosli (kategori 71 kilogram), Muhammad Kamarul Ikhmal Samsool (57 kilogram) dan Khuzairi Azim Mohd Kamal (47 kilogram).

Manakala bagi wanita, kategori 42 kilogram diwakili Raja Izati Nabiha Rajja Anuar dan Shamien Adriana Shamsul Bahri (54 Kilogram).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini