Atlet olahraga, Muhammad Irfan Shamsudin dan atlet terjun negara Wendy Ng memastikan pendidikan tidak diketepikan biarpun berjaya melakar kecemerlangan dalam bidang sukan.

Buktinya dua atlet tersebut menjadi antara penerima Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan dalam bidang Pengurusan Sukan pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaya Ke-60, hari ini.

Ketika ini dua atlet berkenaan dalam persiapan menghadapi pelbagai kejohanan besar pada tahun depan. Majlis konvokesyen Universiti Malaya berlangsung selama empat hari bermula semalam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini