“Well done, very good…”

Itu pujian yang diucapkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kepada pelari pecut muda, Muhammad Azeem Mohd Fahmi yang meraih keputusan cemerlang pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Muhammad Azeem yang diberi jolokan ‘Usain Bolt’ Malaysia, berjaya memperoleh keputusan 6A, 1B dan 1C.

Datuk Seri Ahmad Faizal turut berpesan kepada atlet berkenaan agar tidak mengulangi kesilapan ‘false start’ atau salah mula pada separuh akhir acara 100 meter lelaki Sukan SEA Hanoi, Vietnam, bulan lalu.

Beliau membuat panggilan video berkenaan pada Sesi Sembang Santai Menteri Belia dan Sukan bersama editor di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Selain Muhammad Azeem, Datuk Seri Ahmad Faizal turut kagum dengan pencapaian atlet pelayaran Nur Adlina Nasreen Mohd Nasri, yang meraih keputusan 8A dan 1B dalam SPM 2021.

Ucapan tahniah turut disampaikan kepada pelajar terbaik Sekolah Seni Malaysia Perak, Nasrin Humaira Mohamad Adzhar, yang memperoleh keputusan 10A.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini