Bagi menampung keperluan rawatan COVID-19, Angkatan Tentera Malaysia, ATM akan mendirikan Hospital Medan di negeri-negeri yang dikenal pasti Kementerian Kesihatan berlaku penularan jangkitan harian yang tinggi, iaitu Sabah, Johor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Jelas Datuk Seri Hishammuddin, aset serta kepakaran dimiliki ATM mencukupi dan ke semuanya sedia diatur gerak pada bila-bila masa. ATM juga bersedia membantu menyediakan pasukan vaksinasi di negeri yang memerlukan, terutama di kawasan pedalaman yang sukar dicapai KKM.

Selain itu, ATM akan meningkatkan kapasiti pemberian vaksin secara pandu lalu yang kini hanya menunggu pengesahan lokasi oleh Badan Bertindak Imunisasi Covid-19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini