Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya di negeri-negeri dilanda banjir diarahkan agar sentiasa berada dalam tahap kesiapsiagaan yang tinggi bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlaku gelombang banjir seterusnya.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, walaupun berada dalam keadaan selesa berikutan beberapa negeri sudah semakin pulih daripada bencana banjir, komitmen ATM tidak akan berganjak.

Tambah beliau, pihak ATM juga membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan saringan COVID-19 bagi mengekang penularan wabak itu susulan kemunculan varian baharu Omicron.

Mengulas mengenai banjir di Selangor, jelas beliau, situasi banjir di negeri tersebut berbeza berbanding pantai timur dan kajian mendalam mengenainya akan dijalankan. 

Setakat ini, 474 aset dan lebih 3, 800 anggota pelbagai pangkat dan pegawai diaturgerakkan ke setiap negeri yang dilanda banjir.

Terdahulu beliau mengadakan lawatan ke Kem Seri Pantai Seberang Takir, Kuala Nerus, Terengganu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini