Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menggerakkan tiga pasukan bagi membantu penduduk terjejas banjir di Kelantan dan Terengganu.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam laman Twitter memaklumkan Batalion ke-21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dikerah ke Rantau Panjang.
Manakala Batalion ke-16 RAMD dan Rejimen Kelima Artileri Diraja (RAD) masing-masing ke Hulu Terengganu dan Besut di Terengganu.
Utama Edisi Semasa