Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperketatkan kawalan di sempadan negara dalam usaha mengekang pencerobohan PATI dan aktiviti penyeludupan.

Selaras pembukaan semula sempadan negara, langkah itu dilakukan termasuk di laluan haram yang digunakan penyeludup dan penjenayah. Panglima Bridged Kelapan Infantri Malaysia, Bridgedier Jeneral Abu Hasan Assha’ari Kamis @ shaffiee menyatakannya pada Majlis Penyampaian Sijil Perbadanan Hal Ehwal Bekas Anggota Tentera.