Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang menegaskan, pihaknya memandang serius isu tersebut lebih-lebih lagi ia berkait kedaulatan dan keselamatan tanah air.

Ketika mengulas laporan yang mengaitkan rancangan pencerobohan wilayah Sabah, beliau mengulangi kesediaaan pasukan keselamatan untuk berdepan dengan sebarang ancaman dari dalam mahupun luar negara.

Semalam, sebuah akhbar ternama yang berpusat di Hong Kong, China mendakwa Tentera Diraja Sulu merancang serangan bersenjata pada Februari depan.

Tambah beliau, ATM sentiasa meningkatkan kerjasama dengan agensi lain bagi memperkasa pertahanan negara.

Justeru penduduk Sabah diingatkan supaya tidak panik dengan sebarang maklumat palsu yang bertujuan menggangu ketenteraman komuniti setempat. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini