Kementerian Pertahanan menyanggah laporan media antarabangsa kononnya penceroboh dari selatan Filipina merancang mahu menggempur Sabah. Ini kerana tiada sebarang petunjuk atau bukti kukuh yang menjurus kepada perkara itu.

Bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga, tindakan segera tetap diambil bagi meningkatkan kesiapsiagaan keselamatan ke tahap tertinggi.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, rakyat Sabah diminta tidak bimbang dengan laporan terbabit.

Ini kerana, selain polis dan ESSCOM, Bahagian Staf Perisikan Pertahanan ATM sentiasa memantau perkembangan dan menilai indikator-indikator yang boleh menjejaskan keselamatan. Beliau bercakap dalam Sidang Media Khas Pasca Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari di Wisma Perwira, Kuala Lumpur.

Media antarabangsa dalam laporannya sebelum ini mendakwa kumpulan yang pernah menceroboh Sabah pada 2013 mahu mengulangi insiden serupa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini