Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersiap siaga mengaktifkan semula Zon Pengurusan Bencana di semua Hospital Angkatan Tentera (HAT) sekiranya kes COVID-19 terus meningkat secara mendadak.
Ini bagi menampung keperluan rawatan pesakit COVID-19.
Tambahnya, situasi kes COVID-19 di seluruh negara bagaimanapun masih terkawal berikutan langkah kerajaan melaksana Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan serta pengambilan dos penggalak.