Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan seramai 47 Pendatang Asing Tanpa Izin, PATI warganegara Myanmar yang cuba masuk ke negara ini melalui sempadan Malaysia-Thailand dengan menggunakan laluan yang tidak sah.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataannya memaklumkan, tangkapan tersebut dilakukan di kawasan ladang getah dalam Sektor Op Benteng Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia pada pukul 5.45 pagi.

Menurutnya,Tim Serang dan Tangkap (SERKAP) telah mengesan kelibat sekumpulan orang awam yang sedang bersembunyi berhampiran laluan jalan tidak berturap dalam kebun getah dan melakukan tahanan.

Hasil pemeriksaan mendapati, PATI berkenaan berusia antara 15 hingga 49 tahun itu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. Turut dirampas adalah 34 buah telefon bimbit dan wang tunai pelbagai negara dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan lebih RM27,000. Kesemua PATI diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini