Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini memberi tumpuan membantu penduduk di Pahang, Selangor dan Kelantan, yang terjejas teruk, akibat banjir.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, ATM juga sentiasa bersedia dengan kekuatan satu kompeni iaitu lima pegawai dan 97 anggota, yang bersiap siaga di setiap negeri, untuk diatur gerak ke lokasi  banjir apabila terdapat keperluan tambahan.

Jeneral Tan Sri Affendi menyatakannya pada sidang media Ops Banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam. Ketika ini, lebih 1,000 anggota tentera terlibat dalam operasi banjir di tujuh negeri.

Jeneral Tan Sri Affendi turut menegaskan, dalam menangani krisis banjir ini, ATM lebih melihat kepada kesepaduan antara agensi, dengan meletakkan kepentingan keselamatan mangsa sebagai keutamaan yang perlu didahulukan.

Ketika ini juga, bukanlah masa untuk mana-mana pihak meletakkan kesalahan sehingga boleh mengganggu dan menjejaskan sebarang usaha menyelamat serta memindahkan mangsa banjir.

Sebarang kekurangan dalam aspek pengurusan banjir, menjadi tugas bersama setiap agensi untuk mencari jalan penyelesaian. Sekali gus menambah baik operasi yang dilaksanakan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini