Malaysia sekali mengulangi pendiriannya terhadap kerjasama tiga hala antara Australia, United Kingdom UK dan Amerika Syarikat AS atau AUKUS pada Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap bimbang ia boleh mendorong ke arah perlumbaan senjata dan mencetuskan ketegangan terutama di Laut China Selatan.

Sehubungan itu Malaysia bertegas bagi mengekalkan rantau Asia Tenggara sebagai zon bebas nuklear sejajar dengan Deklarasi  Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) dan Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara.

Tambah beliau, isu berkait Laut China Selatan perlu diuruskan menerusi rundingan dengan forum bersesuaian serta saluran diplomatik.

Sejak AUKUS diumumkan Malaysia menjadi antara negara paling awal menyuarakan pendirian terhadap perjanjian tiga hala itu kerana menganggap ia boleh mencetuskan perlumbaan senjata nuklear.

Beliau berkata demikian semasa Sidang Kemuncak Asean secara dalam talian yang dipengerusikan Brunei, bermula Selasa.

Ia dihadiri 10 negara anggota ASEAN dan disertai Australia, China, India, Jepun, New Zealand, Korea Selatan, Rusia dan Amerika Syarikat serta Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) serta Pertubuhkan Kesihatan Sedunia (WHO).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini