Mahkamah Tentera Myanmar menjatuhi hukuman empat tahun penjara terhadap Pemimpin Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), Aung San Suu Kyi.

Suu Kyi, 76 tahun didapati bersalah kerana menghasut dan melanggar peraturan COVID-19 ketika pilihan Raya yang menyaksikan partinya menang akhir tahun lalu.

Bekas presiden, Win Myint turut dipenjarakan selama empat tahun bawah pertuduhan sama. Jurucakap junta, Zaw Min Tun memaklumkan,  pemenang hadiah Nobel Keamanan itu dihukum penjara bawah Seksyen 505 (b),  serta Undang-Undang Bencana Alam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini