Kerajaan Australia membatalkan visa Novak Djokovic buat kali kedua pada Jumaat dan akan menghantar pulang bintang tenis itu berikutan status vaksin Covid-19nya.

Menteri Imigresen Australia, Alex Hawke berkata dia bertindak atas dasar kesihatan dan keadaan yang baik.

Pembatalan itu bermakna Djokovic akan dihalang daripada memohon visa Australia baharu selama tiga tahun, kecuali dalam keadaan tertentu.

Djokovic tidak mendapatkan suntikan vaksin lengkap dan menipu maklumat dalam borang perjalanannya.

Sebelum ini, Djokovic memberitahu pihak berkuasa Australia dia tidak melakukan sebarang perjalanan dalam tempoh 14 hari sebelum ketibaannya pada 6 Januari, namun beberapa hantaran di media sosial menunjukkan dia berada di Sepanyol dan Serbia.

Sementara itu, nama Djokovic tetap dimasukkan dalam undian utama Terbuka Australia, dengan dia dijadual berdepan rakan senegara, Miomir Kecmanovic di pusingan pertama.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini