Australia membenarkan suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 untuk individu berusia lebih 18 tahun.

Manakala dos ketiga dijangka ditawarkan kepada seluruh penduduk bermula bulan depan.

Kelulusan sementara sudah diberi untuk satu dos vaksin Pfizer-BioNTech sebagai suntikan penggalak kepada orang dewasa.

Menteri Kesihatan Greg Hunt berkata, program suntikan dos penggalak untuk seluruh penduduk akan bermula selewat-lewatnya 8 November.

Warga emas dan penduduk kurang upaya akan diberikan keutamaan menerusi fasa tersebut.

Dos penggalak akan diberi kepada sesiapa sahaja yang menerima dua dos sama ada vaksin Pfizer-BioNTech, AstraZeneca atau Moderna.

Australia setakat ini memberikan dua dos vaksin kepada 74 peratus penduduknya berusia lebih 16 tahun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini