Australia akan menyertai Amerika Syarikat, AS dalam boikot diplomatik Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing.

Perdana Menterinya, Scott Morrison berkata, keputusan itu dibuat berikutan kesukaran Canberra membuka semula saluran diplomatik dengan China.

Ia bagi membincangkan dakwaan pencabulan hak asasi manusia oleh China di Xinjiang dan langkah Beijing untuk memperlahankan dan menyekat import barangan Australia. Pegawai kerajaan Australia berdepan kesukaran berkomunikasi dengan rakan sejawat mereka dari China dalam beberapa bulan, sebaliknya komunikasi dilakukan melalui diplomat.

AS kelmarin mengumumkan boikot diplomatik terhadap Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.

Langkah itu dilaksanakan sebagai bantahan terhadap rekod hak asasi manusia China, namun AS tetap akan menghantar atlet ke temasya berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini