Pentadbiran negeri New South Wales (NSW) akan menguatkuasakan semula sekatan pergerakan COVID-19 susulan peningkatan jangkitan varian Omicron.

Antaranya termasuklah menutup kelab malam dan membatalkan pembedahan tidak kritikal.

Langkah itu dijangka diluluskan oleh jawatankuasa pemulihan ekonomi kerajaan negeri hari ini.

Menerusi sekatan tersebut, kapasiti di kafe dan restoran di NSW termasuk di ibu negeri, Sydney, turut akan dihadkan.

NSW, negeri paling terjejas akibat Omicron, merekodkan kes harian yang tinggi sejak beberapa hari lalu.

Dengan pesakit yang dimasukkan ke hospital di negeri itu akibat COVID-19 meningkat dua kali ganda kepada 1,609 dalam tempoh seminggu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini