Australia akan melonggarkan sekatan melancong ke luar negara  ke atas rakyatnya.

Selain itu sempadan negara juga akan dibuka kepada pekerja mahir dan pelajar antarabangsa menjelang akhir tahun ini.

Kementerian Kesihatan dan Kementerian Dalam Negeri Australia menyatakan, rakyat lengkap divaksinasi tidak lagi perlu mendapatkan pengecualian untuk meninggalkan negara.

Pengumuman itu dibuat ketika kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di negara itu hampir mencapai sasaran 80 peratus.

Menteri Dalam Negeri, Karen Andrews, berkata walaupun warga Australia diutamakan, lebih banyak sekatan perjalanan, termasuk bagi sesetengah bukan warganegara akan dilonggarkan apabila kadar vaksinasi meningkat.

Semalam, Perdana Menteri Scott Morrison mengumumkan rakyat Australia tidak perlu dikuarantin semasa ketibaan.

Penerbangan Qantas ke bandar di negara itu dijadual disambung semula pada 22 November ini.

Pada 20 Mac tahun lalu, Australia memperkenalkan beberapa sekatan sempadan paling ketat di dunia bagi mengekang pandemik COVID-19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini